Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Siasatan Pelumba Basikal Maut Dirempuh Selesai

Salam semua,





KUALA LUMPUR — Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes langgar lari membabitkan pelumba dari Kelab Basikal Le Tua yang maut dirempuh kereta berhampiran Taman Melawati, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, siasatan kes itu selesai selepas seorang lelaki berusia 20 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul 11 pagi semalam.
"Kita telah merakam keterangan suspek untuk melengkapkan siasatan kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Amiruddin berkata, lelaki warga tempatan itu dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 4 petang hari yang sama.
Polis akan menyerahkan kertas siasatan itu kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut, katanya.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Rafizi Hamdan, 37, mati di tempat kejadian selepas dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga, ketika berbasikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Taman Melawati ke arah Gombak.
Kenderaan itu kemudian meninggalkan tempat kejadian, namun nombor pendaftaran kenderaan terbabit tercicir di situ akibat kemalangan tersebut.— BERNAMA
0 komentar

Bilal Masjid Negeri Pahang Maut Kemalangan Selepas Solat Subuh

Bilal Masjid Negeri Pahang Maut Kemalangan Selepas Solat Subuh


Bilal Masjid Negeri Pahang Maut Kemalangan Selepas Solat Subuh - KUANTAN : Beberapa ketika selepas melaungkan azan dan bersolat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, bilal masjid berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya semalam.
Azamuddin Mansor, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 7 pagi.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, Azamuddin yang menunggang motosikal sendirian bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Tun Ismail di sini.
“Mangsa yang datang dari arah Jalan Tun Ismail telah bertembung dengan kereta tersebut ketika hendak membelok ke Jalan Bukit Sekilau.
“Mangsa yang parah di kepala dan badan telah dikejarkan ke HTAA untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian,” katanya di sini semalam.
Zainalabidin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat itu berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi. – Kosmo
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ali Gofar - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger