Featured Post Today
print this page
Latest Post

Inikalila! Tukar! Merdunya suara budak ni




Wow hebat budak ni...jom pakat-pakat tukar
0 komentar

Tikus Dalam Burger Sandwich

LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.

Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.

Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus. 

“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.

Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.“Mereka akhirnya memberi saya baucar £10 (RM50).“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya.

Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak £10.


0 komentar

Boleh cerita tak apa kes ni

Luar Biasa Perempuan Ini, Siapa yang Boleh Mengalahkannya?

OMG, lihatlah betapa kuatnya perempuan ini.


 sumber
0 komentar

Janji Bajet 2014 Selangor lebih mantap

Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan Bajet 2014 Negeri Selangor yang akan dibentangkan Selasa depan adalah lebih menyeluruh dan lebih mantap berdasarkan pengalamannya mentadbir selama lima tahun.

Beliau turut menegaskan belanjawan itu nanti akan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan negeri ini.

“Saya katakan belanjawan tahun depan mengambil kira kesemuanya. Sudah tentu kepentingan Selangor dan isu-isu pembangunan negeri ini dilakukan secara berterusan dan diutamakan,” katanya.

Mengulas isu yang dibangkitkan Adun-Adun PR yang menganggotai BBC, beliau menjelaskan perjumpaan bersama kumpulan itu dilakukan secara berterusan dan ia tidak perlu dihebahkan.

Beliau beranggapan isu tersebut timbul disebabkan situasi pada sebelum 2008 tidak seperti pada zaman pentadbirannya yang mengamalkan keterbukaan maklumat.

Katanya, menghebahkan perjumpaan bukanlah perkara yang perlu diberi perhatian sebaliknya pelaksanaan tugas yang terbaik wajar menjadi keutamaan.

“Perjumpaan kita berterusan...kita dah jumpa dah (BBC)...perjumpaan-perjumpaan ini kita tidak laporkan kerana perjumpaan biasa seperti Exco, jadi kita tak laporkan.

“Maknanya ini cerita janggal sebelum 2008, maklumat disorok-sorokkan. Selepas 2008 iaitu selepas lima tahun kerajaan negeri percaya kebebasan maklumat maka kita sentiasa maklumkan dan kadangkala tak perlu tunggu masa tertentu kita terus
beritahu keputusan kita sudah dapat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Selangor, semalam.

Abdul Khalid berkata, dalam pertemuan diadakan itu BBC mengesyorkan cadangan supaya dana kerajaan negeri dapat sampai kepada kumpulan sasaran.

Menurutnya, perkara paling utama disentuh oleh kumpulan tersebut adalah mengenai prasarana antaranya mengenai jalan, parit, longkang dan lampu2.

“Saya sudah ambil kira perkara tersebut walaupun ada juga kerajaan Nnegeri tidak punyai kekuatan dana untuk mengatasinya tetapi peruntukan sesuai untuk infrastruktur Selangor sudah dilakukan,” katanya.

Beliau turut menepis dakwaan kononnya bakal memotong peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pembangunan di negeri ini.

Dengan sinis beliau menjawab dakwaan tersebut sebagai berita baik kerana ia menunjukkan belanjawan negeri masih lagi rahsia.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ali Gofar - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger