Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label bukti. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bukti. Tampilkan semua postingan

DAP dedah bukti gesa RoS tarik balik arahan pemilihan semula

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK August 19, 2013
 
Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke (gambar) hari ini menjawab kecurigaan Datuk Seri Najib Razak dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung dakwaan seramai 753 pewakilan parti itu tidak dimaklumkan untuk hadir pada pemilihan Disember lalu.

Beliau menjelaskan DAP sentiasa membalas surat yang diminta RoS dengan mengemukakan bukti kukuh seperti yang dipinta namun badan itu tetap meminta lebih butiran.

Katanya, pewakilan di empat kawasan iaitu Sungai Pelek, Desa Skudai, Taman Desa Dahlia dan Ladang Paroi yang dikatakan tidak menerima jemputan pada Disember lalu hadir di Pulau Pinang untuk pemilihan parti.


 "Najib berbohong dan menggunakan RoS sebagai platform untuk menghancurkan DAP.

“Parti kini dalam usaha mengumpul pengakuan mereka yang tidak hadir bagi membuktikan mereka menerima jemputan pemilihan parti hujung tahun lalu," kata Anthony dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini. – 19 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
0 komentar

Tindakan Jeremmy bukti PKR hilang kredibiliti

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU - Tindakan Adun Kadamaian, Jeremmy Malajad keluar PKR berkuat kuasa semalam menunjukkan kalangan pemimpin parti itu juga sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.
   
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman percaya ada lagi anggota dan pemimpin PKR akan bertindak sedemikian kerana mereka didakwa semakin tidak meyakini parti itu dalam membela nasib rakyat khususnya di Sabah.
   
"Adun PKR Kadamaian keluar parti ini dan ada akan keluar atas kesedaran mereka boleh menolong dan membantu rakyat apabila mereka bekerjasama dengan parti dan kerajaan BN," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Saadah, Wisma Muis, di sini, hari ini.
   
Musa yang juga pengerusi BN negeri mengulas tindakan Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah mengumumkan keluar parti berkuat kuasa semalam dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN.
   
"Tindakan itu jelas menunjukkan mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan parti PKR. Ini jelas mereka yakin hanya parti dan kerajaan BN yang boleh membela nasib rakyat termasuk di kawasan mereka sendiri," katanya.
  
Jeremmy yang disertai kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian semalam dipetik berkata, keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.
   
Katanya, kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa PRU13 Mei lepas membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.
   
Dalam PRU13 lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi untuk mengalahkan penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang mendapat 4,988 undi dalam pertandingan empat penjuru.
   
Difahamkan, seorang lagi Adun pembangkang dijangka mengadakan sidang akhbar minggu ini berhubung hala tujunya dalam parti termasuk kedudukan sebagai anggota PKR.
   
Sebelum ini, Adun Luyang Dr Hiew King Cheu bertindak meninggalkan DAP pada 27 September lepas dan menjadi wakil rakyat Bebas. - Bernama
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ali Gofar - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger