Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label bakar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bakar. Tampilkan semua postingan

Masih Ingatkah Kes Bunuh Bakar Nur Rahayu Pembunuhnya Dijatuhi Hukuman Mati!

Masih Ingatkah Kes Bunuh, Bakar Nur Rahayu? Pembunuhnya Dijatuhi Hukuman Mati!


JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun pada Jun 2011.
Dalam keputusannya, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman mendapati pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah dan keterangan tertuduh, D Kalaiselvan, 47, bersifat penafian tanpa bukti kukuh.
Menurut fakta kes, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi hingga jam 2.50 pagi, 18 Jun 2011, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan-Masai di sini, tertuduh telah membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Nur Rahayu Qomarodin, 16.
Kalaiselvan yang diwakili peguam Md Zahar Ngah, didapati bersalah dan dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Sepanjang perbicaraan kes, seramai 18 saksi dipanggil untuk memberi keterangan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad.
Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata, mahkamah telah memberi peluang kepada tertuduh untuk melihat kembali video rakaman percakapnnya ketika disoal siasat, bagaimanapun keterangannya di mahkamah berbeza dengan rekod polis.
Tertuduh yang ditahan pada 3 Julai tahun lalu, juga menafikan membunuh dan membakar mayat mangsa dan memindahkan bebanan pertuduhan kepada dua individu lain yang dikenali sebagai Ramani dan Siva.
Bagaimanapun, hakim menegaskan, pembelaan yang dikemukan tertuduh tidak kukuh dan wajar ditolak kerana hanya bersifat satu penafian kosong dan tidak pernah dibangkitkan semasa pendakwaan.
Tertuduh juga gagal memberikan gambaran lengkap siapakah Siva,sama ada ia watak rekaan, malah mahkamah turut mempersoalkan tindakan tertuduh yang melarikan diri selepas rakan sekerjanya, Ramani ditahan polis.
Kesimpulannya, Abdul Halim memutuskan, senario kes pembunuhan berkenaan secara keseluruhan begitu tragis dengan tindakan tertuduh yang cuba memusnahkan bukti dengan membakar mayat.
Perbuatan Kalaiselvan juga disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan sedangkan dia juga seorang ayah dan mempunyai anak sebaya dengan mangsa.
Sebaik dijatuhi hukuman, Kalaiselvan kelihatan sugul dan peguambela akan mengemukan rayuan.
Peguam, Khairul Azwad Sariman turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi mewakili keluarga mangsa.
Sementara itu, bapa mangsa, Qomarodin Bajuri, 48, yang turut mengikuti prosiding terbabit dilihat menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap Kalaiselvan diputuskan mahkamah.
Kontraktor binaan itu yang ditemui di luar mahkamah kemudian berkata dia amat berpuas hati dengan keputusan itu yang dilihat setimpal dengan perbuatan yang menimpa anaknya.
0 komentar

Murid Cuba Bakar Gurunya di dalam Kelas

 28 Nov 2013 
 
Cikgu Gabriela Penalba yang menjadi mangsa (news.com.au)
Tennessee - Sungguh nakal! Seorang murid di Tennessee, Amerika Syarikat, berusaha membakar gurunya di dalam ruang kelas. Dengan menggunakan pemetik api, dia membakar rambut dan baju guru yang sedang mengajarnya.

Akibat tingkah lakunya ini, remaja berusia 15 tahun dari Knoxville, Tennessee, ini ditangkap polis  setempat. Demikian seperti laporan news.com.au, Khamis (28/11/2013).

Remaja yang tidak disebut namanya ini mendekati   guru itu, Gabriela Penalba (23), ketika dia sedang membelakangi muridnya semasa mengajar. Remaja ini menyalakan pemetik api dan menyulutkannya ke rambut dan kemeja Penalba, yang sama sekali tidak menyedari bahaya yang mengancamnya.

Api tersebut membakar rambut dan baju Penalba yang merupakan guru ilmu geografi dan fisiologi ini. Untungnya, murid-murid yang lain bergegas menolong Penalba dengan berusaha mematikan api tersebut, sehingga tidak sampai membakar kulit Penalba.

Insiden ini kemudian dilaporkan kepada polis  setempat dan remaja nakal tersebut ditangkap polis .

Secara terpisah, polis  setempat mengatakan, bahawa suspek berusaha membuang pemetik api yang digunakannya ke luar kelas untuk menghilangkan bukti. Remaja itu juga sempat berusaha melarikan diri dari lokasi, namun berhasil ditangkap polis .

Oleh polis , remaja ini dijerat dakwaan penyerangan dan menghindari penangkapan. Sementara itu, jurucakap  dinas pendidikan Knox County menyatakan, remaja tersebut akan dikenakan hukuman disiplin dari sekolah kerana kelakukan nakalnya.

sumber:detikNews
0 komentar

Kalam Nasihat Habib Abu Bakar Al Adni hafizahullah

Kalam Habib Abu Bakar Al-Adni hafizahullah di Masjid Baabad sempena Ziarah Kubro Nabi Allah Hud a.s di Wadi Al-Ahqaf, Syaaban 1433H

"Marilah kita merenung kembali bagaimana keadaan umat Islam sebelum ini. Mereka menjadikan Islam sebagai cara hidup. Kehidupan Islam di dalam pelbagai lapangan kehidupan. 

Namun hari ini, kita dapat menyaksikan dengan sangat jelas akan berada banyak umat islam yang menjaga agamanya. Terlebih lagi anak-anak muda kita, samada lelaki dan wanita. Lelakinya dengan kehidupan mudanya, tanpa memikirkan tanggungjawab dan tugas seorang lelaki muslim. Wanita pula banyak yang melupakan agamanya sehingga sanggup di antara mereka menjual agamanya demi keseronokan kehidupan dunia.

Islam bukan lagi menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya. Islam tidak lagi dibanggakan oleh mereka sebagai satu agama yang hak dan benar. Islam umpama pakaian yang boleh dicabut serta merta tanpa perlu memikirkan akibatnya. Islam tidak lagi menjadi agama yang boleh dibanggakan. Berapa banyak negara Islam di dunia ini yang boleh dibanggakan dengan agamanya?. Islam hanya menjadi retorik semata-mata.

Amat menyedihkan sekali apabila kini kerosakan itu menular dalam kehidupan kita di sini. Betapa kuat para Auliya dan ulama kita terdahulu memasukkan Islam dan iman dalam diri generasi mereka, sehingga kesan kebaikannya kita perolehi hingga kini. Akan tetapi, pengaruh buruk mula meresapi dalam masyarakat Islam kita. Internet, televisyen, bola sepak dan lain-lain menjadi keutamaan. Perjuangan yang didahulukan oleh para ulama sebelum kita telah menyediakan satu benteng kukuh demi menjaga anak muda kita.

Kita seharusnya bersyukur kerana Allah swt memilih tempat kita, Negeri kita, dan negara kita sebagai tempat terpilih dengan kehadiran Nabi Allah Hud a.s. Nikmat itu ditambah lagi dengan penghijrahan Saidina Ahmad Bin Isa Al-Muhajir r.hu. Maka darinya berkembang dan bertebaran para auliya dan para ulama yang hingga kini tidak putus- putus. Ini kemulian yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Kita harus lebih bersyukur dan menghargai apa yang Allah s.w.t telah muliakan kita dengannnya.

Kini, kemulian yang Allah s.w.t berikan kepada kita, kita cemari dengan pelbagai kerosakkan. Anak muda kita tidak lagi mahu memakai kemulian yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Di waktu maghrib Ada lagi anak muda kita yang masih di lalaikan dengan Internet. Mereka sibuk dengan dunia yang Allah s.w.t telah berikan peringatan "dunia itu tempat tipu daya". Mereka dilupakan tentang kemulian yang Allah s.w.t berikan kepada mereka. Sedangkan berapa ramai mereka yang dari luar datang ke tempat kita untuk mendapatkan kemulian itu.

Kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Allah s.w.t masih lagi memberikan kita nikmat kemuliaan itu dengan hadirnya Habib Umar Bin Muhammad BenHafidz hafizahullah. Seorang pendakwah kepada Allah s.w.t yang mempunyai kekuatan, ketajaman akal, dan penuntun hati sehingga memberi daya penarik kepada hati manusia yang lalai untuk kembali kepada Islam. Kepetahan dan keluasan ilmu sehingga mampu berdakwah ke seantero dunia. Ini kemuliaan yang masih Allah s.w.t berikan kepada kita. Dengan adanya ulama muda seperti beliau, diharap Allah s.w.t tidak menarik kembali kemuliaan yang telah diberikan kepada kita.

Bahkan, menyebar luaskan kemuliaan itu agar terus menerus memberikan hidayah kepada umat Islam. Umat Islam memerlukan bimbingan dan tarbiyah hati yang menuntun kepada jalan maksiat. Semoga usaha dakwah ulama terdahulu diteruskan oleh beliau dan moga Allah membuka sekalian hati yang mendapat pencerahan dari beliau. Moga Allah s.w.t merahmati kita semua dengan kemuliaan ini dan memberikan petunjuk kepada kita. Semoga Allah s.w.t meletakkan kita ditempat yang seharusnya diletakkan iaitu di bawah panji Saiyyidina Muhammad saw.."
0 komentar

Seni Lukis Unik dari Obat Nyamuk Bakar dan Rokok


Untungnya Yuli Prasetiawan namanya, dia adalah seorang seniman kreatif dari Magelang, Jawa Tengah. Mungkin Anda sudah tahu beberapa nama. Karena karyanya yang unik, menggunakan obat nyamuk bakar dan merokok Bara, ia biasa dipanggil Wawan Geni.

Juru dekorasi muda yang satu ini aneh dan indah. Ide kreatif yang ia bergumul sejak tahun 2003 berasal dari kebiasaan kertas terbakar dan tampaknya suatu teknik melukis dengan api.
Peralatan dan fasilitas di lukisan bukan sebagai pelukis pada umumnya hanya menggunakan bara api. Setiap lukisan media kertas malaga, jenis kertas agak tebal yang biasanya digunakan untuk membungkus roti.


Sedangkan bara bisa dari rokok, obat nyamuk bakar, dupa dan tidak pernah menggunakan upet. Tapi hanya asap batubara dan obat nyamuk dianggap cara yang paling efektif untuk melukis, karena nyala api batubara stabil.

Untuk menyelesaikan lukisan Henry memakan waktu lama, rata-rata tiga bulan untuk setiap karyanya. Paling cepat sebulan, bahwa jika lukisan ukuran kertas kecil. Tetapi jika ukuran besar dapat diselesaikan hingga setengah tahun.


Lukisan bisa menghabiskan rokok 17 bungkus dan 19 bungkus obat nyamuk bakar. Dan rokok dan meniup bara serangga nyamuk, lukisan dapat memerlukan ribuan kali tiupan.

Bagaimana untuk meniup bara dan menikung dalam makalah ini juga memerlukan teknik khusus untuk nyamuk asap rokok asap atau tidak menghirup napas banyak.
Dia hanya peduli dengan arah angin, jika angin datang dari kanan dia bertiup dari kanan, dan sebaliknya. Lukisan selesai, semprot lukisan kertas warna cat transparan (jelas), sehingga kertas akan menjadi lebih banyak penggemar tahan lama tidak berjamur.


Teknik Keunikan cara melukis dengan bahan bakar ini telah diakui oleh Museum Rekor Indonesia (MURI). "Mungkin teknik pembakaran lukisan dengan yang pertama di dunia," kata Muri memimpin, Jaya Suprana.

Dan tak tanggung-tanggung potret karyanya telah dijual ke luar negeri seperti Singapura. Ada juga banyak turis asing yang datang ke Indonesia untuk melihat lukisannya. Salah satu Wisatawan dari Jepang mengatakan bahwa dia belum pernah bertemu seperti ini teknik melukis.

























Lihat  Videonya di bawah ini:






source
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ali Gofar - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger